Working...
Welcome to Nucleus Catalog.
My Lightbox
Kolesistektomi (Pembuangan Pundi Hempedu)72036
Item ID: ANCE00181bm  Elite Source ID: 2

Description: Animasi perubatan 3D ini menunjukkan pembedahan pengeluaran pundi hempedu invasif yang minimum, atau kolesistektomi. Animasi bermula dengan menunjukkan anatomi biasa hati dan pundi hempedu. Semakin lama, batu hempedu membentuk di dalam pundi hempedu, menyekat duktus sistik, dan menyebabkan pundi hempedu menjadi besar dan radang. Prosedur invasif minimum (MIP) ini,... More

X

Animasi perubatan 3D ini menunjukkan pembedahan pengeluaran pundi hempedu invasif yang minimum, atau kolesistektomi. Animasi bermula dengan menunjukkan anatomi biasa hati dan pundi hempedu. Semakin lama, batu hempedu membentuk di dalam pundi hempedu, menyekat duktus sistik, dan menyebabkan pundi hempedu menjadi besar dan radang. Prosedur invasif minimum (MIP) ini, kadangkala disebut 'lap chole', bermul dengan pemasukan empat alat trokar, yang membolehkan pakar perubatan untuk melihat di dalam abdomen tanpa membuat insisi yang besar. Udara dimasukkan ke dalam kaviti abdomen agar pundi hempedu itu lebih mudah dilihat. Seterusnya, kita melihat melalui laparoskop yang menunjukkan dua instrumen pembedahan yang menggenggam pundi hempedu sambil instrumen yang ketiga memutuskan duktus sistik. Selepas pundi hempedu dikeluarkan, kamera menyoroti di sekelilingnya untuk menunjukkan bahawa arteri dan vena sistik, telahpun ditutup rapat untuk mengelakkan perdarahan.



 
Recent Comments
 

No comments have been posted.


 
Post a Comment